Monday, October 3, 2011

suatu penantian........

hazim dan elina sudah bersahabat sejak kecil lagi...

dari sekolah rendah hingga ke ke sekolah menengah....

mereka amat rapat...

masing-masing memendam rasa cinta yang tidak mampu mereka ungkapkan....

sehinggalah hari keputusan SPM diumumkan...

elina mendapat semua A manakala hazim cuma mendapat 10 A dan 1 B...

dan hazim cuba menyuarakan perasaan dia kepada elina....


"elina.."

"ya hazim..ada apa awak??"

"saya sayangkan awak..saya cintakan awak..."


elina tergamam melihat pengakuan hazim....


"betul ke apa yang awak katakan ini hazim??"

"dari kita mula tingkatan 4 lagi saya sudah menyukai awak...cuma..saya tidak berani mengucapkannya.."

"erm...sebenarnya..."

"apa dia elina??"

"saya pun sayangkan awk.."






hazim melompat kegembiraan bila mengetahui cintanya tidak bertepuk sebelah tangan...






selang beberapa bulan......






"sayang...saya dapat tawaran ke jepun.."kata elina

"betul ke??...untuk berapa lama??"

"4 tahun..."


hati hazim mula sayu....4 tahun terlalu lama bagi hazim...hazim hanya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi sahaja......


"sayang..."

"ya puteriku elina.."

"kenapa awak diam sahaja??"

"saya rasa sedih...4 tahun tu lama bagi saya..."

"awak percayakan saya kan??"

"ya..tanpa ragu.."

"insyaallah....cinta kita akan teguh..awak belajarlah elok-elok.."

"baiklah...awak jangan lupakan saya ek??"

"takkan lah saya nak lupakan orang yang saya cintai..."



pada hari elina ingin berlepas ke jepun untuk melanjutkan pelajarannya...

hazim telah menghadiahkan patung beruang kepada elina berserta kad...

ketika elina hendak membaca kad itu...


"awak..jangan baca kad tu dulu...awak boleh baca bila awak sampai kat sana lagi...."

"kenapa??"

"bila awak sampai sana nanti baru awak tahu.."






setelah berjam-jam di kapal terbang...akhirnya elina sampai ke destinasinya....







tatkala sampai di asrama tempat dia belajar...elina terus membaca kad yang hazim berikan...


elina menitis airmata bila membaca kad itu....








"sayang...bila awak baca kad nih...awak dah sampai kat jepun kan??

saya terasa sunyi bila awak tiada disisi saya..

hanya gambar kenangan kita saja menjadi pengubat rindunya saya dekat awak..

saya harap awak pegang dengan janji awak dekat saya...

saya pun akan pegang janji saya dengan awak...


awak...ingat tau kata-kata saya ni...


walau jiwa kita terpisah jauh beribu batu...

tapi hati kita selalu dekat...

kalau awak rindukan saya...

pejamkan mata awak dan rasakan saya disisi...


kekuatan cinta kita tak akan rapuh...

walau dibatas oleh ruang dan waktu...

percayakan kesetiaan saya...

dengan tulus sebab...


AISHITERU^^"







elina mula rasa bersemangat untuk menghabiskan pelajarannya kerana hazim sedang menantinya di malaysia...

bagi elina..inilah suatu penantian yang amat pasti......




p/s: dapat idea lepas dok dengar lagu aishiteru dengan rasa perasaan sendiri...hehehehe

No comments:

Post a Comment