Tuesday, August 2, 2011

diari seorang lelaki....

ISNIN..

aku mula rasa ragu2 dengan diri aku sendiri...perlu tak aku menegur dia???..
eh,segan lah aku...dia cantik..tudung nya labuh..
aku mmg berkenan dengan dia...
aku teringin hendak berkenalan dengan dia..
tapi...layak ke aku untuk dia??
yelah..kalau dibandingkan aku dengan dia...da macam langit dengan bumi....
ya allah..apa dugaan yang kau cuba bagi pada hamba mu yang hina ini???


SELASA..

ya allah..cukup lembut dalam membariskan kata2...
dan cukup tegas dalam menegakkan kebenaran....
aku mula merisik siapakah empunya diri itu....
hasil risikan aku...nama dia nurul jannah...
masyaallah..orangnya secantik nama....
oh ya,dia juga satu fakulti dengan ku...
fakulti kejuruteraan...
insyaallah..kalau ada jodoh aku dan dia...
berjumpalah kami nanti..
amin....=)


RABU...

subhanallah...ada jodoh ke antara kami..
semasa aku perjalanan untuk berjumpa prof..aku terlanggar sesorg...
lantas aku pun mengutip buku2 yang bertaburan..bila ku ucapkan maaf dan memandang wajahnya...
aku seolah2 hilang kata2...
setelah aku memberi buku dan memohon maaf...
aku terus berlari untuk berjumpa dengan prof..tanpa mendengar jawapan dari dia...
aku ulang..TANPA MENDENGAR JAWAPAN!!
hanya kerna terlalu malu berhadapan dengan dirinya....
aku hanya mampu berdoa....
jika dia jodoh ku..berikan petunjuk...
amin ya allah..amin..

KHAMIS...

hari ini kelas aku seperti biasa..tiada apa yang berubah....
dan hari ini aku tidak nampak kelibatnya..mana dia pergi?
sihatkah dia...
aku malu untuk bertanya pada rakan2nya...
nanti...apa pula kata mereka??
ya allah...beratnya dugaan ini..
aku mohon agar kau berilah kekuatan untuk hamba mu yang lemah ini..
amin...

JUMAAT...

selepas selesai menunaikan solat jumaat...
aku ke perpustakaan untuk membuat sedikit ulang kaji...sungguh tidak ku sangka...
aku bertemu dengan nya semasa hendak sampai ke perpustakaan..
sepanjang perjalanan dia tunduk..
ya allah..cukup sifatnya sebagai wanita solehah...
aku pun terus melangkah hingga aku terdengar ada suara memanggil ku...
aku menoleh..aku melihat ada junior ku yang sedang memegang dompet ku..
aku mula merasa hairan..macam mana dompet itu boleh tercicir...
akhirnya junior ku menjelaskan bahawa jannah menyedari bahawa dompet ku tercicir..
dia menyuruh junior ku ini untuk memberi pada ku...
dan dia berpesan supaya lebih berhati2...
masyaallah..malu + gembira ku rasa....
=)))...hahaha...


SABTU...

setelah kejadian semalam..aku seakan2 mendapat 1 kekuatan baru...
rakan2 serumah ku memerli ku..
"orang dah angau..mcm nih la gamoknye"
aku cuba menidakkan nya..tapi..ianya semakin kuat...
aku hanya berserah kepada allah untuk menetukan nasib ku...
aku juga berharap...
dialah menjadi pemaisuri hidup ku...amin...

AHAD...

semuanya seakan2 sama...tapi..ku tidak melihatnya kerana aku berada dirumah untuk menyiapkan thesis ku....
setelah beberapa hari menunaikan solat sunnat...
aku didatangi mimpi tentangnya...dan aku mula merasa dialah jodoh ku....
insyaallah..dia adalah pemaisuri hidup ku.....










setelah 7 tahun.....











"abang..buku apa nih??"
"apa tajuk dia??"
"diari seorang lelaki...apa ni abang??"
shamsul terkejut bila isterinya menjumpai diarinya yang hilang semasa belajar dulu...
"jannah yang abang sayang..ke sini sebentar.."
"kenapa abang??"
"jannah baca diari ini..boleh??"
"baiklah abang"
jannah membaca satu persatu diari itu dan air mata jannah mula hendak bercucuran...
"tak sangka...abang mmg da sayang jannah sejak dari pertama kali bertemu??"
"iya..itulah cinta pandang pertama abang.."
shamsul memeluk dan mencium dahi isterinya...
dalam hati shamsul berkata...
"syukur pada mu ya allah..."




p/s : lelaki baik tuk perempuan baik..dan begitulah sebaliknya....renung2kan dan selamat beramal^^V

No comments:

Post a Comment